Family Day Wilayah Gua Musang
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam
Permulaan tahun baru bagi saya dan keluarga tahun ini sangat terinspirasi. Majikan peringkat wilayah mengadakan Family Day di Terengganu selama 2 hari iaitu pada 6hb dan 7hb Januari 2023. Menginap di Hotel Permai dan berhimpun di Dewan Konvensyen Tamadun Islam. Dua hari yang diucapkan Tuan KZ sebagai hari untuk melupakan sementara kerja. Ya, betul dan sangat setuju. Selama 2 hari ini, dapat melupakan kerja dan tumpuan kepada riuh suasana berkumpul bersama staf FGV dari Wilayah Gua Musang. Semua ladang dan pejabat wilayah duduk sedewan bersama. Acara pertama, pendaftaran di Hotel Permai, berbaris mengambil kunci bilik. Saya dan keluarga menginap di Bilik 2003 Tingkat 1.
Jam 7.30 petang bergerak ke Dewan Konvensyen Tamadun Islam untuk acara utama malam itu. Laluan di pusat bandar ke lokasi tetap dengan panduan Waze (sesat kalau guna otak sendiri).
Acara malam dimulakan dengan bergambar kekuarga masing-masing.
inilah kami 5 orang yang hadir. Dua tak dapat turut bersama, kak long dan abang imie (mereka di KL).
Acara malam itu, dimulakan bacaan doa, santapan layan diri sambil mendengar ucapan Tuan RC dan Tuan KZ, cabutan bertuah dan petugas cemerlang. Artis jemputan Ida Azrin (Kelantan) turut menghiburkan suasana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan