Khasiat Pokok Kucing Galak yang kita Memang Tak Tahu mengenainya…
Kita selalu jumpa pokok kucing ini tumbuh ditepi jalan @ di belakang rumah kita betul???? Tapi tahukah anda semua sebenarnya pokok ini mempunyai khasiat yang bole kita amalkan di dalam kehidupan seharian kita…
Ok sebelum saya menceritakan khasiat pokok kucing galak ini, jom kita berkenalan dahalu dengan pokok ini..
Pokok Kucing Galak ("Acalypha indica") atau juga dikenali sebagai pokok Ceka Emas atau pokok Chika Emas. Jika di Indonesia ia dipanggil sebagai “Kucing-kucingan” atau “Rumput Bolong-bolong”. Tumbuhan liar jenis herba ini adalah daripada keluarga Euphorbiaceae yang unik dan banyak khasiatnya. Ia didapati di Negara yang beriklim tropika. Pokok ini memiliki batang yang lembut serta berdaun dan berbuah hijau. Pokok ini selalunya senang tumbuh di kawasan terbiar berpasir, berhumus tinggi serta terdedah dengan cahaya penuh matahari. Selain itu, ia senang tumbuh di kawasan penempatan,pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.
Kandungan:
Akar- mengandungi saponin dan tannin
Batang- mengandungi flavonoida, saponin dan tannin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin
Bagian-bagian dari tumbuhan ini memiliki fungsi yang cukup besar dalam menangani beberapa penyakit yang menyerang manusia. Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Antara khasiat pokok kucing galak ialah:
1) Bole merawat Penyakit kulit
2) Merawat ulser mulut
3) Meningkatkan tenaga batin
4) Menambah kekuatan badan
Tumbuhan daripada acalypha India dilaporkan mempunyai diuretik, pencahar, anti-bakteria, anti-kulat, dan sifat-sifat ubat cacing. Ini tumbuhan ubatan digunakan secara tradisional untuk merawat cacing usus, masalah gusi, sakit perut, hernia, penyakit sendi, bronkitis, asma, radang paru-paru, kudis dan penyakit kulit. Ia boleh digunakan secara luaran dan dalaman untuk tujuan perubatan.
Di India dan juga Afrika, ia digunakan sebagai tumbuhan perubatan. Di Afrika Barat daun dimasak dan dimakan sebagai sayur-sayuran. Dalam tradisional Tamil Siddha ia dipercayai untuk memberi nafas baru badan. Pokok ini juga dimakan oleh kucing untuk menyembuhkan sembelit dan senak. Kucing mencari tumbuhan ini dan mengunyah daun dan akarnya.
Contoh Penggunaan :
1) Kutu Air, kudis, pelbagai penyakit kulit, sakit mulut:
Pokok kucing tanpa akar direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih selama 15 minit. Cuci bahagian yang dijangkiti dengan air suam ini.
2) Sembelit-
Sepokok kucing termasuk akarnya dibasuh dan direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit dan bila suam diminum(tapis terlebih dahulu)
3) Perut memulas, penyakit pendarahan
30-60 g pokok kucing kering termasuk akar dibasuh dan direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Selepas sejuk , air ditapis dan diminum ½ gelas waktu pagi dan ½ gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh
4) Luka,bisul, radang kulit
Tumbuk pokok kucing tanpa akar beserta 1 sudu the gula pasir hingga lumat. Tampal bahan tersebut di bahagian yang sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan