7/2/2022
1386
Seorang pemimpin yang diikuti oleh semua golongan masyarakat (sekalipun tidak ramai) adalah pemimpin yang benar-benar berwibawa.
1387
Tiada harta yang lebih berharga daripada seorang anak yang soleh,
berilmu serta dapat menyambung perjuangan ayahnya.
1388
Kalaulah perempuan yang bermadu itu dapat bergaul aman damai dengan madunya maka dia itu adalah perempuan yang luar biasa.
1389
Kebanyakan isteri menyintai suami ialah kerana diri, harta dan pangkatnya.
Sangat kurang isteri menyintai suaminya kerana perjuangan.
1390
Bila mata buta, orang tidak nampak jalan di dunia.
Tapi bila hati buta, orang tidak nampak jalan ke akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan