Perasaan marah semasa bertugas perkara biasa terutamanya apabila dala m keadaan emosi dengan tekanan kerja yang banyak, masa yang singkat dan beban tanggungjawab . Bagi yang berfikiran positif dimarahi adalah suatu pengajaran dan pembelajaran harian. Bagi yang berfikiran negatif tindakan sebaliknya dilakukan.
Terpulanglah pada diri individu yang marah dan yang dimarahi mengawal keadaan dan emosi. Memarahi kakitangan bawahan mungkin bersifat untuk mengajar dan menegur sesuatu hal yang ingin diperbaiki. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersabar dan bertimbangrasa. Jika niat baik tentu hasilnya juga baik. Jka niat tidak baik seperti memalukan individu pastinya kesan negatif yang membahayakan organisasi dan diri sendiri.
Pepatah cina, teguran adalah guru yang paling baik.
Ayat Quran surah Al Asyr, bermaksud, 'Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan keimanan dan yang berpesan-pesan dalam kesabaran'
Bagi muslim, Allah swt bersumpah dengan masa bahawa manusia sentiasa dalam kerugian kecuali 'teguran' yang disampaikan secara berhemah melalui keimanan dan kesabaran.
Maka, mana pilihan kita untuk dijadikan rule model seorang ketua dan pekerja. Jelas pencerahan nilai-nilai murni dan keagamaan menjadi panduan dan pedoman dalam menjalankan tugas dan kehidupan seharian.
Semoga hari-hari yang dilalui penuh dengan kesabaran dan kasih sayang dalam.menjalankan tugas.
Stress adalah cabaran dalam menjalankan tugas. Pengurusan stress perlu dalam sesebuah organisasi agar suasana tempat kerja harmoni dan lancar pekerjaan dalam operasi kerja harian.
Sentiasa berfikiran positif dan berdisiplin kunci kejayaan dalam memajukan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan