Semua tentang sawit

Ahad, 27 Mac 2016

Kenapa Selalu Dimarahi Tanpa Sebab

Perasaan marah semasa bertugas perkara biasa terutamanya apabila dala  m keadaan emosi dengan tekanan kerja yang banyak, masa yang singkat dan beban tanggungjawab . Bagi yang berfikiran positif dimarahi adalah suatu pengajaran dan pembelajaran harian. Bagi yang berfikiran negatif tindakan sebaliknya dilakukan.

Terpulanglah pada diri individu yang marah dan yang dimarahi mengawal keadaan dan emosi. Memarahi kakitangan bawahan mungkin bersifat untuk mengajar dan menegur sesuatu hal yang ingin diperbaiki. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersabar dan bertimbangrasa. Jika niat baik tentu hasilnya juga baik. Jka niat tidak baik seperti memalukan individu pastinya kesan negatif yang membahayakan organisasi dan diri sendiri.

Pepatah cina, teguran adalah guru yang paling baik.

Ayat Quran surah Al Asyr, bermaksud, 'Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan keimanan dan yang  berpesan-pesan dalam kesabaran'

Bagi muslim, Allah swt bersumpah dengan masa bahawa manusia sentiasa dalam kerugian kecuali 'teguran' yang disampaikan secara berhemah melalui keimanan dan kesabaran.

Maka, mana pilihan kita untuk dijadikan rule model seorang ketua dan pekerja. Jelas pencerahan nilai-nilai murni dan keagamaan menjadi panduan dan pedoman dalam menjalankan tugas dan kehidupan seharian.

Semoga hari-hari yang dilalui penuh dengan kesabaran dan kasih sayang dalam.menjalankan tugas.

Stress adalah cabaran dalam menjalankan tugas. Pengurusan stress perlu dalam sesebuah organisasi agar suasana tempat kerja harmoni dan lancar pekerjaan dalam operasi kerja harian.

Sentiasa berfikiran positif dan berdisiplin kunci kejayaan dalam memajukan diri.

Sabtu, 26 Mac 2016

Fasa Pembentukan Komponen Tandan Pokok Matang

Fasa pembentukan komponen tandan pokok matang adalah seperti berikut;
38 bulan Sebelum Tuai (BST)- tapak bunga terbentuk.
24 BST - Jumlah spikelet ditentukan.
22 BST - Jumlah bunga untuk setiap spekelet terbentuk, jantina bunga ditentukan peringkat ini.
12 BST - Bunga jantan dan betina berkembang pesat.
11 BST - Keguguran berlaku.
8 BST. - Rangka tandan mula terbentuk
6 BST - Berlaku antesis, pendebungaan dan set tandan mulai terbentuk.
5 BST - Biji mulai terbentuk dengan jelas
0 BST - Tuai tandan

2 masa yang penting yang bakal menentukan potensi hasil adalah 22 dan 11 bulan sebelum tuai.

Sabtu, 19 Mac 2016

Mouse Trap 'ANDURAT'

Tahun 2016, inilah catatan pertama blog saya tahun ini. Petang ini setup PDA, mudah digunakan update kerja, OFFLINE dan di mana-mana sahaja boleh siapkan kerja. Hmmm...teringatkan tahun baru ini, idea baru menangkap tikus. Inovasi Pengurus Sahabat 11, Tuan Andudur, and then gabungan namanya dan idea tersebut wujudnya "ANDURAT'. Saya memanglah kagum dengan idea ini. Perangkap Andurat, satu alat baru untuk mengawal pembiakan dan bilangan tikus di ladang sawit.

Baru-baru ni pkt jagaan saya memasang 1 unit rumah burung hantu sebagai kawalan biologi di blok 11. Andurat makin popular. Setiap hari bilangan tikus yg terperangkap dalam Andurat dilaporkan mengikut pkt dalam whatsapp group. Hari-hari dapat tikus, ada pkt yg dapat 17 ekor tikus sehari. Huh ! satu hari kalau 365 hari. Berapa banyak tikus dapat dihapuskan ?. Pendek kata, Andurat ini BAGUS. Murah dan berkesan.

Harapan di tahun baru ini amatlah cerah, secerah ekuinoks. Andurat satu lagi platform baru di syarikat FGV. Ke arah zero % serangan tikus di ladang. Pencapaian awal menunjukkan kaedah ini amat berkesan dan murah.

Semoga ladang FGV terus mara berkembang maju seiring inovasi BMP lain yang baru.