Semua tentang sawit

Selasa, 25 April 2023

Orang Islam Wajib Tahu

Orang islam wajib tahu 3 ilmu:
1. Tauhid
- supaya kita benar mentauhidkan Allah.
- tidak syirik kepada Allah

2. Fekah
- supaya betul taharah, mandi, wudhuk, sembahyang, puasa, zakat dan haji.

3. Tasawuf
- ilmu akhlak
- ilmu menjadikan Allah suka kita
- menjadikan kita orang yang soleh, orang yang baik.

Kredit- ustaz azhar idrus
Tiktok 25/4/2023

Selasa, 21 Februari 2023

BITCOIN / BTC

BITCOIN (BTC/XBT)

Tahun 2009 PRICE 0.09 Sen USD
Bersmaan RM 0.40 Sen

Tahun 2013 RM 700

Tahun 2017 RM 70,000

Tahun 2020 RM 20,000

Tahun 2021 December RM 100k

Tahun 2022 Bulan 5 RM 277k

Today RM 111,586.00

Tahun Depan Start Halving Balik

2024-2025
PRICE BTC Become RM 500k-800k

Isnin, 13 Februari 2023

Amalan Nabi s.a.w


Selawat dan salam buat junjungan besar nabi s.a.w
1x baca selawat, 10x tuhan berselawat kepada kita. Kasih-NYA kepada kita umat nabi s.a.w
Sayang nabi s.a.w

Isnin, 16 Januari 2023

Wang Digital - BTC dan Etherium

Hari ini, 17/1/2023. Saya berminat melihat kedudukan atau nilai semasa wang digital. Saya melihatnya di Luno. Agak lama saya bersama luno sejak ..Bitcoin wang digital  pertama yang saya beli dan simpan. Tak banyak. Berjinak-jinak dengan wang dan dompet digital memberi ilmu dan kefahaman tentang dunia yang semakin canggih. 
Dan mengenali istilah-istilah seperti halving. Bila BTC halving nilai meningkat berkali ganda. Hanya 27,000 BTC sahaja dalam dunia, menurut kefahaman saya sumber bacaan dalam internet. Nilai 1 BTC ketika saya menulis catitan ini ialah RM90,997.00. Nilai 1 ETH pulak pada RM6 748.00. Dapat 1btc atau 1eth pun sudah lumayan. Ehem...
Kefahaman perlu diasah lagi. Asas yang ada pun cukup. Sedikit sedikit lama lama bertambah ilmu dan nilai. Gud luck everyone. 

Jumaat, 13 Januari 2023

Tahun Baru Cina 2023

Bismillahirahmanirrahim
Selawat dan salam

Pagi ini 8.29am, 14/01/2023. Bunyi guntur kedengaran di langit. Cuaca pagi ini dan dari awal subuh tadi, hujan turun dengan lebatnya. Saya dan pekerja tetap bersedia untuk berkerja. Hujan masih belum berhenti. Tiada tanda-tanda hujan berhenti. Namun tetap bersedia sekiranya hujan reda. Beginilah semangat berkerja di ladang. Harus cekal dengan apapun situasi dan keadaan. Saya balik ke rumah meredah air hujan setelah tadi bersama pekerja berharap mereka dapat berkumpul untuk menaiki kenderaan ke tempat kerja.
Pondok tempat berkumpul, pekerja penuai (dalam gambar) Ali Kodor

Di rumah, hujan berterusan. Saya menanti sarapan pagi sebelum pergi ke pejabat. Bunyi guntur berdentum di langit berterusan. Bunyi air di atap rumah sekali sekala perlahan dan kuat. Tanda hujan masih tidak mahu berhenti lagi. Bersama saya di pondok rumah pekerja, encik hamiz (lebih kurang nama arwah bapa mertua, al-fatihah untuk arwah bapa mertua saya, aamiin). Encik hamiz, rakan sejawat yang tak lama lagi pencen, tapi sempat bersama beliau bertugas di ladang ini. Baru berpindah tahun lalu ke Aring 05. Umur beliau 59 tahun, mengingatkan diri saya beza 10 tahun dengan beliau. Dia masih sihat dan bertenaga dalam usianya sekarang. Alhamdulillah, semoga encik hamiz diberikan kesihatan berpanjangan. Aamiin. 
Menanti isteri menyediakan sarapan pagi, wangian dari dapur dan saya berbaringan di ruang tamu sambil mencatat situasi sekarang ini. Tumpuan masih pada keadaan di luar yang belum ada perubahan, hujan sekali sekala lebat dan berhenti dan disambung dengan bunyi 'gendang langit' bertalu-talu dan hujan melebat lagi.
Hmmm...coretan ini terzahir dek keadaan semasa memberi ruang dan peluang.

Jam 9.05 pagi, hujan masih lebat di luar. Alhamdulillah siap sarapan pagi bersama isteri (terima kasih selalu). 

Khamis, 12 Januari 2023

Welcome New Year 2023

Family Day Wilayah Gua Musang
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam

Hari ini 13 Januari 2023, tidak lewat ucapan Selamat Tahun Baru kepada warga siber. Tahun baru, bermula dengan azam dan semangat baru. Setiap orang mengimpikan kehidupan yang lebih baik. Impian demi impian untuk dicapai pada tahun baru ini. Semangat yang positif dan usaha yang betul akan merealisasikan setiap impian yang diingini. Usaha demi usaha adalah perlu. Perlu berusaha untuk mencapai impian dengan mencari dan terus mencari punca atau jalan kejayaan ini. Inilah rahsia kehidupan. Rahsia yang perlu dipecahkan oleh diri sendiri melalui pelbagai usaha dan doa.
Permulaan tahun baru bagi saya dan keluarga tahun ini sangat terinspirasi. Majikan peringkat wilayah mengadakan Family Day di Terengganu selama 2 hari iaitu pada 6hb dan 7hb Januari 2023. Menginap di Hotel Permai dan berhimpun di Dewan Konvensyen Tamadun Islam. Dua hari yang diucapkan Tuan KZ sebagai hari untuk melupakan sementara kerja. Ya, betul dan sangat setuju. Selama 2 hari ini, dapat melupakan kerja dan tumpuan kepada riuh suasana berkumpul bersama staf FGV dari Wilayah Gua Musang. Semua ladang dan pejabat wilayah duduk sedewan bersama. Acara pertama, pendaftaran di Hotel Permai, berbaris mengambil kunci bilik. Saya dan keluarga menginap di Bilik 2003 Tingkat 1.
Jam 7.30 petang bergerak ke Dewan Konvensyen Tamadun Islam untuk acara utama malam itu. Laluan di pusat bandar ke lokasi tetap dengan panduan Waze (sesat kalau guna otak sendiri).
Acara malam dimulakan dengan bergambar kekuarga masing-masing.
inilah kami 5 orang yang hadir. Dua tak dapat turut bersama, kak long dan abang imie (mereka di KL).
Acara malam itu, dimulakan bacaan doa, santapan layan diri sambil mendengar ucapan Tuan RC dan Tuan KZ, cabutan bertuah dan petugas cemerlang. Artis jemputan Ida Azrin (Kelantan) turut menghiburkan suasana.
Santapan malam itu sedap dan memuaskan.
Makan sambil dengar lagu

Ahad, 18 September 2022

Ilmu tentang sawit

Tabur RP 2 kg setahun supaya akar dan batang sihat. 50 gm zink sulphate setahun dan Boron 250 gm setahun. Pokok yg buah keliling akan berehat jika tidak ditabur Boron tambahan.