Semua tentang sawit

Isnin, 16 Februari 2015

Nusyuz

Tujuh perkara

Terdapat tujuh perkara yang menunjukkan
ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu
ialah seperti berikut:
1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.
Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar
berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah
apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah
kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya
suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah
menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat
jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak
tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak
mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini,
adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW
apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya
keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir.
Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW
tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk
menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan
wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah
SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

2.  Enggan mengikut suami berpindah ke negeri
lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti
isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut
tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang
ditimpa wabak atau taun.

3.  Tidak membukakan pintu untuk suami masuk
ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya
daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika
suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti
sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang
menasabah.

5.  Tidak mengendahkan panggilan suami kerana
sibuk dengan keperluannya.

6.  Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya
sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

7.  Isteri merahsiakan perhubungannya dengan
lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan
ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-
seronok dan menceritakan aib suaminya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan