Semua tentang sawit

Jumaat, 30 Januari 2015

Rollcall Pagi - updated

Pondok Rollcall- model of the year

Dibina untuk tempat berkumpul pada permuĺaan kerja setiap pagi.
Tujuan;
- peraturan syarikat
- mengumpul staff dan pekerja
- mendisiplinkan pekerja
- mengambil kehadiran pekerja
- menyampikan laporn kerja, hasil, amanat dan maklumat.
- tempat berteduh ketika hujan
- keselamatan
- kemudahan pekerja di ladang
Kemudahan disediakan;
- tempat duduk
- meja
- tempat buang sampah
- tempat buang rokok
- lampu
- perangkap petir
- first aid kit
- tempat gantung topi keselamatan
- papan tanda
- pentas rollcall utk staf,  mandur dan pekerja
- pasu bunga
- papan tanda keselamatan
- papan tanda disiplin penuai

- papan kenyataan spt jadual brtugas, fomema, dsb.

- papan tanda setiap peringkat dan keluasan masing2.

-tempat meletak sawit liar yg akan dikumpul utk dihapuskan.

Pondok Karyawan

Dibina utk kemudahan pekerja berkumpul semasa rollcall terutama ketika hujan.
Terdapat parking bar disediakan utk menyimpan motor mandur ketika waktu kerja.
Tempat duduk dan papan tanda motivasi utk kemudahan pekerja.

Penambahbaikan

03/03/2014 Kempen biji relai. Setiap pekerja mbawa biji ke tmpt rollcall. Biji ditimbang dan direkod. Biji dibyr dlm gaji pekerja sbg lain2 pdptn. Harga 30sen/ KG.

13/03/2014 Tempat buang puntung rokok.

30/03/2014 Pasang lampu 2 unit di pondok rollcall

07/04/2014 Surau untuk memudahkan warga sahabat 12 menunaikan tanggungjawab solat.

22/4/2014 Pegawai keselamatan merekod minute meeting rolcall pagi, buku d tandatgn oleh A.M dan Pengurus.

25/4/2014 Bateri lampu rollcall dipasang grill utk keselamatan drpd hilang

31/12/2014 Pekerja tidak hadir rollcall diambil nama tulis dlm borang disediakan

26/1/2015 mula nyanyi 3 buah lagu, negaraku, indonesia raya dan semai bakti. Semua pekerja masih berlatih menghafal lirik.

11/2/2015 mandur tuai diberikan lampu pasang di topi keselamatan untuk memudahkan melihat semasa memanggil kehadiran pekerja.

Pentas Rollcall

Pondok karyawan dan parking bar

DISIPLIN PENUAI
1. Penuai tidak dibenarkan memotong pelepah hijau KECUALI buah masak tersepit dan terpaksa dipotong seboleh-bol
ehnya buah masak di tuai curi.

2.  Penuai WAJIB memotong pelepah kering dan kuning sahaja sebelum menuai buah masak.

Parking bar, motosikal mandur di simpan untuk keselamatan

Papan tanda keselamatan

Tong sampah disediakan

Lighting arrestor di pasang untuk keselamatan pekerja

VOPs di bawa setiap pagi oleh pekerja ke tempat rollcall. Di ambil semasa waktu kerja di kawasan masing-masing

Ruang berdiri mandur tuai semasa mengambil kehadiran pekerja

Meja di pentas rollcall

Permulaan bekas tempat membuang puntung rokok

Lampu pertama digunakan di tempat rollcall

Peti keselamatan di tempat rollcall

Papan tanda terdapat di pentas rollcall

Pentas Rollcall dan Pondok Karyawan Sahabat 12

Tempat simpan peralatan dan bekas buang puntung rokok

Lampu Pentas Rollcall

Mini Surau di tempat rollcall

Menimbang Biji Relai di tempat rollcall

Biji Relai Kempen

Bateri di simpan dalam peti grill

Tangki Air untuk pekerja berwudhuk

Lampu Suluh untuk Mandur Tuai

1 ulasan:

  1. brapa lama agaknya masa yg diambil untuk melakukan rollcall

    BalasPadam