Semua tentang sawit

Isnin, 3 Mac 2014

Kempen membawa biji relai

Kempen membawa biji relai ke tempat rollcall telah bermula pd hari ini, 3/3/2014. Setahun selepas peristiwa tanduo. Pekerja digalakkan mengutip biji relai sehari sebelum kerja. Biji relai standard di bawa seberat 5kg. Di simpan dalam beg plastik beras 5kg. Biji di bawa semasa rollcall pagi setiap pagi. Selepas rollcall pagi, setiap mandur peringkat memanggil pekerja masing2, menimbang dan mencatat berat. Rekod di tulis dlm cekrol untuk bayaran gaji setiap bulan. Selepas rekod, biji terus di simpan ke dalam lori ladang dan terus di hantar me kilang.
Tujuan:
1.  Kempen menghantar biji fresh utk meningkatkan perahan  kilang dan ladang.
2. Mendisiplinkan pekerja.
3. Meningkatkan pendapatan pekerja.
Alatan:
1. Beg plastik beras 5kg
2. Penimbang
Reaksi:
1. Pekerja bersungguh dan bersemangat.
2. Ada pekerja yg membawa biji lebih 5kg iaitu berat hgga ke 18kg.
3. Tuan pengurus dan A.m memberitahu standard kerja.

Hari pertama pelaksanaan agak sibuk dan pekerja lewat bergerak ke ladang kerana menimbang berat dan hanya 2 penimbang digunakan sedangkan ada 7 peringkat  (PM98C,05tD,06E,07F,09G,10H dan PR13J). Trip pertama ke kilang.

Penambahbaikan:

1. Tambah timbangan

2. Guna jaring saiz 5kg ke 10kg.

3. Jumlah hantaran biji rollcall semakin bertambah capai 3 tan.

Hantaran ke kilang:

4/3/2014 - kpg 24% berat 1.15tan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan