Hari ini saya tak kerja, cuti sakit. Pagi tadi sempat pergi rollcall dan atur pekerja. Selepas itu pergi ke jambatan untuk mengambil gambar jambatan pertama dan kedua. Jambatan pertama sudah siap dan jambatan kedua akan disiapkan hari ini. Hanya perlu kerja-kerja backhoe filing sayap dan meratakan batu. Bagi kontrakor (guntur) perlu menyiapkan kerja memasang lantai. Dijangka kerja siap hari ini jika tiada halangan. Bayaran boleh disiapkan awal bulan Mac 2014. Surat Perintah Kerja (SPK) sudah siap untuk dilampirkan. Kos perbelanjaan tidaklah semahal jika kontraktor lain yang membina jambatan sebelum ini. Hanya RM6000.00 bagi kedua-dua jambatan tersebut.
Pagi ini mandur saya, Morsonoh b. Munsing (lahir 1967), setahun lebih tua dari pengurus (tn.paul) memberitahu gaji harinya telah naik dari RM38.50 kepada RM40.00. Saya ucapkan terima kasih pada tn.pengurus kerana menaikkan gaji mandur saya. Perubahan gaji akan dibuat bulan Februari ini dan adjustment perlu dibuat bagi gaji Januari 2014. Tahniah, Morosonoh, rajin-rajin kerja dan buktikan anda boleh buat yang lebih baik lagi untuk diri dan syarikat.
Hari ini saya ke lahad datu, dapat cuti sakit kelmarin, kepala masih terasa berat selepas minum ubat pagi tadi. Di paksa saja badan ini lagipun ada lagi urusan belum selesai. Servis kereta di proton edar hari ini.
Isteri saya kata dah siap servis. So, saya stop di sini dulu. Update blog hari ini di dalam bilik servis proton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan