Semua tentang sawit

Jumaat, 28 Februari 2014

21 Perkara - Keynotes Seminar Perladangan 2014

Keynotes Seminar Perladangan 2014 (DELIVER):

1. Global - berfikiran terbuka & berani hadapi cabaran luar - berkhidmat di mana2.
2. Tanam semula - baiki sebaik mungkin.
3. KPI - petunjuk perancangan & perlaksanaan baik - KRA = Key result area - penuaian bts masak & kutipan biji relai 100% - OER & Yield selari - GAP dijaga& diamalkan - be a DRIVER TO DELIVER - commit pd target - proaktif - cegah - bekerja kerana Allah (ibadah).
4. 9 blok kws tuai sebulan.
5. Semua peranan dlm operasi ldg/klg penting - sasaran dicapai dgn kerjasama semua unit.
6. Kilang & ladang bersatu padu - positif.
7. Benih klon - diperbaiki & diperluaskan- kaji semula.
8. Succession planning - pengganti yg terlatih - semua bhgian ldg & klg.
9. Kawalan kos - jgn over-budget - pindahan dlm kod kerja sama sahaja - integriti mesti dijaga sebelum tindakan tegas - penjimatan kos.
10. Gain sharing - pengurangan kos berbanding kos tahun sebelumnya - cost saving mesti diprogramkan.
11. Bonus - diluluskan ahli lembaga pengarah 5.5 bulan(purata).
12. Pengurus HR -semua pengurus "take charge" utk atasi masalah kakitangan & kakitngn bermasalah - tidak terlalu bergantung dgn HR.
13. Delegation - dibuat secara jelas & pastikan berjalan spt perancangan - time bound - feedback - follow - SMART (Spesific, Measureable, Acheiveable, Realistic & Time Bound).
14. Maksimakan untung seawal mungkin - awal tahun,bulan & hari.
15. EFB - clearkan atau dijual - kernel jual segera.
16. Proaktif & tingkatkan inisiatif - berusaha secara berterusan.
17. Sistem maklumat - prodata.
18. Sikap - baiki - positif - tanggungjawab - peranan - tugas.
19. Usaha & tawwakal - berserah pd Allah setelah berusaha - berdoa mengikut kepercayaan masing2 - mohon berkat Tuhan - buat yg terbaik semampu mungkin - "Jangan jadi Tuhan".
20. Belajar benda,cara,teknik dll yg baru utk perbaiki kerja & diri sendiri - cara ilmu.
21. Jaga keselamatan & kesihatan kakitangan & pekerja.

Isnin, 24 Februari 2014

Kerja dan Cuti

Hari ini saya tak kerja, cuti sakit. Pagi tadi sempat pergi rollcall dan atur pekerja. Selepas itu pergi ke jambatan untuk mengambil gambar jambatan pertama dan kedua. Jambatan pertama sudah siap dan jambatan kedua akan disiapkan hari ini. Hanya perlu kerja-kerja backhoe filing sayap dan meratakan batu. Bagi kontrakor (guntur) perlu menyiapkan kerja memasang lantai. Dijangka kerja siap hari ini jika tiada halangan. Bayaran boleh disiapkan awal bulan Mac 2014. Surat Perintah Kerja (SPK) sudah siap untuk dilampirkan. Kos perbelanjaan tidaklah semahal jika kontraktor lain yang membina jambatan sebelum ini. Hanya RM6000.00 bagi kedua-dua jambatan tersebut.

Pagi ini mandur saya, Morsonoh b. Munsing (lahir 1967), setahun lebih tua dari pengurus (tn.paul) memberitahu gaji harinya telah naik dari RM38.50 kepada RM40.00. Saya ucapkan terima kasih pada tn.pengurus kerana menaikkan gaji mandur saya. Perubahan gaji akan dibuat bulan Februari ini dan adjustment perlu dibuat bagi gaji Januari 2014. Tahniah, Morosonoh, rajin-rajin kerja dan buktikan anda boleh buat yang lebih baik lagi untuk diri dan syarikat.

Hari ini saya ke lahad datu, dapat cuti sakit kelmarin, kepala masih terasa berat selepas minum ubat pagi tadi. Di paksa saja badan ini lagipun ada lagi urusan belum selesai. Servis kereta di proton edar hari ini.
Isteri saya kata dah siap servis. So, saya stop di sini dulu. Update blog hari ini di dalam bilik servis proton.


Khamis, 20 Februari 2014

Memasang Felda Mulch

Felda mulch di pasang kepada pokok sawit yang berumur satu 1 tahun. Program pembajaan tahun pertama sangat berkesan pada pokok kerana felda mulch mengawal kehillangan baja semasa pemeluwapan baja ketika cuaca panas dan hakisan tanah oleh air semasa hujan. Rumpai juga tidak tumbuh di sekeliling pokok memberi kadar  pertumbuhan pokok yang sihat dan subur.

Selasa, 18 Februari 2014

Rollcall Pagi - Pondok Rollcall dan Pondok Karyawan

Pondok Rollcall- model of the year

Dibina untuk tempat berkumpul pada permuĺaan kerja setiap pagi.
Tujuan;
- peraturan syarikat
- mengumpul staff dan pekerja
- mendisiplinkan pekerja
- mengambil kehadiran pekerja
- menyampikan laporn kerja, hasil, amanat dan maklumat.
- tempat berteduh ketika hujan
- keselamatan
- kemudahan pekerja di ladang
Kemudahan disediakan;
- tempat duduk
- meja
- tempat buang sampah
- tempat buang rokok
- lampu
- perangkap petir
- first aid kit
- tempat gantung topi keselamatan
- papan tanda
- pentas rollcall utk staf,  mandur dan pekerja
- pasu bunga
- papan tanda keselamatan
- papan tanda disiplin penuai

- papan kenyataan spt jadual brtugas, fomema, dsb.

- papan tanda setiap peringkat dan keluasan masing2.

-tempat meletak sawit liar yg akan dikumpul utk dihapuskan.

Pondok Karyawan

Dibina utk kemudahan pekerja berkumpul semasa rollcall terutama ketika hujan.
Terdapat parking bar disediakan utk menyimpan motor mandur ketika waktu kerja.
Tempat duduk dan papan tanda motivasi utk kemudahan pekerja.

Penambahbaikan

03/03/2014 Kempen biji relai. Setiap pekerja mbawa biji ke tmpt rollcall. Biji ditimbang dan direkod. Biji dibyr dlm gaji pekerja sbg lain2 pdptn. Harga 30sen/ KG.

13/03/2014 Tempat buang puntung rokok.

30/03/2014 Pasang lampu 2 unit di pondok rollcall

07/04/2014 Surau untuk memudahkan warga sahabat 12 menunaikan tanggungjawab solat.

22/4/2014 Pegawai keselamatan merekod minute meeting rolcall pagi, buku d tandatgn oleh A.M dan Pengurus.

25/4/2014 Bateri lampu rollcall dipasang grill utk keselamatan drpd hilang.

226/1/2015 mula nyanyi 3 buah lagu, negaraku, indonesia raya dan semai bakti. Semua pekerja masih berlatih menghafal lirik.

Membina Jambatan saiz 13' x 14' di Jln Shbt11 smpdn blk9/11

Culvert yg sedia ada d jln sah.11 slu runtuh apabila musim hujan lebat. Setiap kali byk kos digunakan membaiki mggunakn backhoe. Keperluan membina jambatan kerana jln  ini menjadi laluan utama lori ke kilang terutama pkt 05D blok 9 dan 06E blok 11. Jln utama sah.11 ini menjadi laluan utama sah.12 dan pembinaan jambatan di urus oleh sah.12 atas keperluan tersebut.

Kaedah bayaran: spk ladang
Kos upah: RM 3500
Kos backhoe di tggng ladang.
Pemilihan tapak: lawatan telah dibuat bersama pengurus, pen.pengurus, penyelia dan kontraktor dgn menentukan ukuran jambatan diperlukan dan anggaran kos.

Program kerja:
15/2/2014 - mengali tanah kwsn culvert. Mgluarkn culvert.
18/2/2014 - mgangkut kayu tiang, gelagar ke tmpt culvert

Lighting Arrestor / Perangkap Petir

Bahan2:
1. Tembaga rod bahagian atas
2.  Wayar bumi saiz ?
3. Tembaga rod ke dlm tanah - 6'

Kos: RM  600.00 per unit
Kaedah bayaran: spk ladang.
Tempat: pondok rollcall n pondok hujan dlm ladang