Semua tentang sawit

Khamis, 10 Februari 2011

Hari-hari terakhir aku di Kalabakan

Meniti hari demi hari tidak kusedari masa pantas berlalu, terasa baru semalam tiba di daerah kalabakan ini. Pilu dan sayu aku mengenangkan apabila terpaksa meninggalkan tempat 'kelahiran' sebagai Penyelia Ladang.
Oh..lama lagi aku ke situ...ahh bukankan aku ke arah itu, bisik hati ini, menyoal dan menjawab sendiri. Aku yakin hidup ini perlu diteruskan, keluarga di sana menanti, aku masih di sini, menanti hari esok 11.02.2011, hari untuk kami 23 orang pelatih CPM09 melabuhkan tirai akademi dengan majlis penutupan CPM09.
Huhuhu....belum lagi kawan...masih ada 10 bulan lagi cabaran. Biar seribu cabaran yang datang, akan ku garap satu persatu untuk tiba ke puncak jaya. Wah !!! 2 bulan dah ada semangat kental macam ni, apalagi kalau dah setahun...memang bukan mudah. Tiada kerja yang senang jika kita tak buat betul-betul.
                                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan